|
|
Friday, July 01, 2005
[News] Final Proses Majalah Syu'Latul Kifah
Taraaaaaaa.....
Akhirnya setelah dilanda perbagai kesilapan dalam proses Malajah Syu'Latul Kifah SMAPR kini semuanya telah berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya... hepi tak terkata kekekkeke
Start dari semalam "Burn" cd-cd tuh.. petang ni tinggal packing jer, jap jer dah siap so leh la melangau kan diri..
Posted at 09:22 pm by Lelangau Cyber
Monday, June 13, 2005
[News] Hepi Belated Besday
semalam kitorang bercuti sambut belated besday Hardcore,Mr AmD, Teams, X_Siden yg ke 20-20-24 dan 26 tahun.. kitorang bertiga Hardcore, Mr_Amd ngan teams pi ke The Summit Batu Pahat sbb tak tau arah tuju nak pegi so kat situ je ar yg dekat n mudah..
si majentot dah menunggu kat The Summit seawal kol 9 pagi dah dok kat sana.. hehe ngan awek dia siot, ni arr first time dpt tgk awek majentot.. manis dan pemalu, tak berapa ngam la join ngan bebudak langau yg mulut meriah cam bertih goreng huhuhu..
kitorang makan kat kfc sampai kenyang, peh tu pi tgk pertandingan karaoke kat stage The Summit.. n balik singgah kat pantai punggor jap tgk pantai yg dah kokak cenggitu.. buring kat pantai kitorang bertolak ke rumah Angah untuk menghadiri majlis perkahwinannya.. tup tup sampai majlis dah selesai hehehe mengelat btui, dapat makan n ucap selamat kitorang bergerak lagi pi parit raja nak pi usha barang pc, tapi kedai tu tutup plak almaklum arr hari minggu kan byk arr premis tak meniaga.. padahal hari minggu arr yg paling ramai customer dtg.. hehe teams pun semalam tutup cc..
Posted at 05:22 pm by Lelangau Cyber
Friday, June 10, 2005
[News] Sukarelawan Lelangau
Malam tadi teams dibantu sukarelawan Lelangau.. Hardcore, Manjentot, Mr AmD, Serta adik Ct dok potong kulit cd sebanyak 500 Keping dan masukkan sekali dalam Slim Box cd tur.. kejap jer dah siap kalau ramai yg tolong.. kalau harap pada teams sorang memang makan 2-3 hari arr wat keje.. pe pe hal Terima Kasih Bebanyak wat Sukarelawan yg sudi membantu.. sekarang ni tinggal nak "Burn" cd dan packing sebelum diserahkan kepada pihak SMAPR.. :-D
tapi sebelum buat copy cd-cd tu kena di print dulu permukaan nya.. baru nampak exclusive hehe.. keje-keje print tu wat kat tempat lain arr.. kat cc ni takde printer khas untuk tu.. Terima kasih gak diucapkan wat member kami Saudara Adi yang memberi kebenaran bila kami ingin meminjam Pemotong Kertas malam tadi.. dia ada kedai alat tulis dan alat tulis dekat2 ngan cc ni.. cepat sket wat keje ada pemotong kertas tu, takde arr gedik2 potong pakai pisau mcm pojek yg sama tahun lepas..
kengkawan! InsyaAllah ada sen karang aku blanje korang makan, sbb korang dah banyak tolong aku wat keje.. aku syg korang weii.. muahkss!! ;-)
nak tengok pic? pi sini:- http://lelangau.fotopages.com
Posted at 04:45 pm by Lelangau Cyber
Monday, June 06, 2005
Akibat dari buruk lantak aku semalam makan nasi minyak kenduri kawin, start dari mlm tadi gak aku dok termenung kat bilik kecik... ntah kali ke berapa ratus aku kuar masuk ke bilik tur.. naik letih dah, satu famili aku kena mcm tu.. pagi2 bangun berebut nak masuk bilik kecik tur.. ntah apa istimewanya aku pun tak tau, tapi aku dan keluarga aku amat memerlukan bilik kecik tur..
(keracunan makanan ler ni sampai ceret beret adehhh...!).
sok pagi kot bos aku terbang bercuti ke negara jiran kerana bercuti selama 3 hari, harap selamat sampai ke destinasi dan selamat pulang ke tanah air, amin.... aku mcm biasa terbang kehulur kehilir kat dalam cc ni, habis-habis penat terbang aku pun terhempas kat kusi cashier ni.. pe pe hal,
Selamat Bercuti Boss!!
Posted at 06:32 pm by Lelangau Cyber
Saturday, June 04, 2005

Sekadar Gambar Hiasan
kekeke tajuk ntah pe pe ntah kan, tapi memang cuti arr hari ni sempena keputeraan DYMM kita.. sekolah pun masih bercuti lagi baru nak masuk minggu ke 2, tapi aku hari ni mcm biasa arr keje gak, sok jer 5 Hb 2005 hari ahad aku cuti.. nak pegi rewang Majlis Kawin kat umah abg aku yg sulong dan juga kat tempat abg aku yg ke 2.. ish ish ada ke patut wat haribulan yg sama.. satu kat Kempas Jb, satu lagi dekat sini jerks.. berlari arr kalau nak pegi kedua2 tempat sekali.. rewang ntah kemana, pi makan jer antar perut hehehe..
Next Week 12 Haribulan tempat Angah plak wat majlis kawin dia.. menikah 1 April wat majlis 12 Jun lewat baper bulan dah.. tu nak kira mcm mana ek, pengantin baru ke pengantin lama hehehehe..
mana2 la ek janji leh dtg makan.. surat jemputan awal2 dah bagi. suruh aku ngan geng2 lelangau dok rewang.. tapi aku ni ada aura kemalasan nak rewang.. tapi rajin kalau suruh makan ahaksz!..
ahaaa ni nak bagitau big bos aku nak pi makan angin ke indonesia 7-8-9 Haribulan ni atas tajaan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat.. sbb dia merupakan antara Jentera UMNO yg aktif.. huhuhu bestnya dpt pi luar negeri.. tak mcm aku hari2 dok kat cc jerks, sampaikan awek pun tarak, yer arr mana la yg nak kat aku kalau dok keje jer.. tgk mcm byk duit je hari2 keje, tapi takde pun, indah khabar je dari rupa..
tapi ntah arr aku suke bekerja, walaupun hari cuti camni pendapatan takde la dikira Overtime, mcm tu gak sebulan aku dpt, masuk awal, masuk lewat, balik awal, balik lewat sama gak.. cuma sekurang2nya aku bekerja.. kurang la sket aku wat keje2 bodo hehehe... tapi jauh disudut hati teringin gak nak pi bercuti camtur.. ada yg support, ada imbuhan sket.. tapi sampai mati 2-3x pun rasanya aku tak dpt rasa camtur hehehhe... berangan je la yg leh kan, ok gak per..
Posted at 05:33 pm by Lelangau Cyber
Sunday, May 29, 2005

Assalammualaikum..
Takziah diucapkan buat Mr_amd04 sekeluarga.. kerana bapa beliau telah kembali ke Rahmaturlah 2 hari lepas.. akibat serangan jantung secara mengejut..
kita berdoa semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah... buat Alahyarham dan juga buat ibu bapa serta saudara mara kita yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita..
"pergimu takkan kembali, mungkin esok lusa giliran kita pula, adakah kita telah bersedia?"
Amin....
Posted at 12:30 pm by Lelangau Cyber
Saturday, May 28, 2005
[News] Cuti-cuti Malaysia Kembali Lagi
Hari ni 28 May 2005 merupakan permulaaan cuti sekolah pertengahan tahun.. bih kurang 2 minggu sampai 12 jun 2005 baru le masuk sekolah balik bebudak dan cikgu2 ni... eheh cuti cuti mesia lagi arr nampaknya, sekejap je kan dah masuk pertengahan tahun persekolahan.. start hari ni gak arr aku kena masuk keje kol 10 pagi.. iyer arr mijoriti customer cc aku bebudak sekolah menengah dan rendah kat sini.. so bila dah off sekolah diorang free arr, leh habiskan duit org tua diorang pi main game kat cc aku hehehe.. baguss biar cepat kaya sket tokei aku.
Aku ada dengar ura-ura coming soon ada projek nak upgrade laman JKD Perdagangan yang laman asalnya webmaster muar yang wat.. tapi disbbkan kejayaan aku wat portal sekolah SMK Kota Masai dan juga Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat akulah yang terpilih untuk membina keseluruhan Portal JKD Perdagangan.. tapi aku takde arr bagi maklum balas just diam n sengih jer arr.. sbb aku rasa pun aku dah kurang berminat nak buat Portal lagi dalam waktu terdekat ni. dan kalau ada pun aku serahkan projek tu pada webmaster muar.. diorang lagi berpengalaman dan layak menerima projek tu daripada aku yg daif ilmu ni.. ntah arr mcm takde mood je aku nak wat Portal lagi.. maaf je arr yang aku leh ucapkan..
Posted at 01:54 am by Lelangau Cyber
Thursday, May 26, 2005
[News] Aku Hanya Bermimpi
Alhamdulilah.. malam tadi big bos aku bagi aku payment untuk Portal Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat yang aku bina dan telah dilancarkan pada 10 May tempoh hari..
pada awalnya " Wakil" dari Pemuda tu bertanya ko nak letak harga berapa buat Portal Pemuda ni?, so aku ckp arr konon nak henpon baru yg berkamera sebijik (Nokia Daun Rega Sekitar RM 1000+) jadi arrr.. merasa ar gak aku nak pakai henpon baru.. kalau nak kumpol duit nak beli aku rasa aku tak mampu.. walaupun sebenarnya harga yang aku mintak boleh dikatakan terlalu murah berbanding harga yang webmaster lain buat. tapi takper lah sbb aku pun blom ada pengalaman dalam bidang webmaster ni, biasa aku wat laman web dan portal untuk aku sendiri jerks.. sambil cari pengalaman dan juga duit poket.. yer arr nak harap gaji basic yg dah beberapa tahun tidak ada kenaikan, mana lah cukup kan, tiap2 tahun belanjawan naik, tak pernahnya turun.. semua benda jadi mahal.. kalau rm 100 tu bape hari je dah abis..
Tapi hasilnya yang aku dapat... rupanya aku cuma bermimpi indah di siang hari jerks.. setelah makan minggu aku bersengkang mata, balik lewat, perah kepala cari idea untuk menyiapkan sebelum date line.. Akhirnya pada hari semalam aku dibayar dengan harga RM 600 untuk Portal Pemuda UMNO yang mempunyai lebih 200 Muka Laman dan 1 Database..
Aku bagi mak RM 100, dan yang lainnya aku simpan kat Bank.. buat backup untuk time sakit sok.
Aku juga difahamkan yang peruntukan untuk Portal Pemuda adalah sekitar RM 2500.. Kos Hosting 2GB di Exabytes RM 199 untuk setahun, serta domain .com.my RM 100 untuk setahun.. baru RM 300
mana yg lainnya?? makan besar dok hasil perah tenaga kerja orang lain.. ??
ermm.. entahlah mungkin inilah yang pernah diucapkan oleh Bekas PM kita.. "MELAYU MUDAH LUPA"
bila telah berjaya duduk ditempat teratas, mereka lupa walaupun untuk memandang siapa dibawah.. walaupun sebenarnya orang dibawahkan yang membantu,mendukong dan menyokong agar mereka dapat berada diatas.. Hasil Kerja kita, Budi kita dengan senangnya dilupakan..
Aku tidak ikhlas buat kerja? tiada keikhlasan andai hasil kerja kita tidak dihargai.. sikap Amanah, Jujur serta Ikhlas apa yang kita dapat??
Maaf, andai Entry ni menyentuh hati mereka dan membuatkan mereka-mereka ini marah..
aku hanya sekadar bercerita tentang diri aku..
Sehingga sekarang hampir 1 tahun setengah aku masih lagi menyimpan harapan pada insan yang pernah berkata-kata "Ko kerja dan belajar kat sini rajin-rajin, aku banyak projek kat luar, Kalau aku senang ko pun akan senang jugak" mungkin aku hanya bermimpi.. manusia mudah untuk berubah hatinya bila diuji dengan kesenangan..
Posted at 05:29 pm by Lelangau Cyber
Wednesday, May 25, 2005
[Review] Zen Neeon, Creative Stik-On gaya anggun MP3

CREATIVE Technology Ltd (Creative), memperkenalkan pemain MP3 terbaru, Creative Zen Neeon, yang dilengkapi dengan kemampuan simpanan data bersaiz 5GB, perakam suara dan radio serta kepelbagaian penutup badan yang dikenali sebagai Stik-On dalam 16 reka bentuk menarik.
Kelebihan Zen Neeon ialah kemampuannya untuk menukar pelbagai warna dan reka bentuk mengikut cita rasa pengguna dengan tujuh warna LED yang melatari skrin pemain MP3 berkenaan. Beratnya 75 gram memberikan kelebihan kerana ia ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
Naib Presiden merangkap Pengurus Besar Creative Labs Asia, Joseph Liow, berkata pengguna kini menggemari pemain MP3 yang memiliki kepelbagaian warna dan reka bentuk dan pada masa yang sama masih mengekalkan kemampuannya.
“Zen Neeon memenuhi cita rasa pengguna kerana ia mampu memberikan kelebihan kepada pengguna MP3 berkenaan, iaitu prestasi tinggi dan pada masa yang sama reka bentuk hebat,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Antara ciri menarik Zen Neeon ialah rakaman secara terus daripada sumber audio sama ada pemain cakera keras, DVD atau pemain kaset. Proses pemindahan fail antara komputer peribadi dan pemain berkenaan adalah mudah kerana menggunakan teknologi drag and drop.
Harga yang ditawarkan ialah RM799 manakala bagi Creative Stik-On boleh dibeli dengan harga RM29 bagi dua pack dan RM49 untuk empat pack.
Sumber: bharian.com.my
Posted at 05:27 pm by Lelangau Cyber
Monday, May 23, 2005
Malam tadi bih kurang kol 8.30 webmaster muar (nuurie&Azam) turun kat cc, hantar projek Majalah Syu'latul Kifah Sekolah Agama Parit Raja yg awal bulan ni diorang amek..
dah siap dah Majalah tu cuma wat proses akhir je laa hhhaaa tu keje aku hehe,
copy cd 500 kpg untuk majalah tu, sebelum diserahkan kepada pihak sekolah.. pojek ni merupakan pojek kedua kompeni aku buat untuk Majalah Sekolah agama nih.. tahun lepas bulan julai,
tahun ni cepat sket 2 bulan.. bulan mei dah siap dah bahan.. keje-keje mengopy ni takde la lama sangat, baper jam je dah siap.. guna 2 bijik pc yg ada cd writer oraits arrr..
korang leh usha majalah ni versi online kat:- http://www.smaprbp.com

Ni ler rupa majalah Syu'Latul Kifah Versi online
Lar ni webmaster ngan bos aku dok pi minum kat warong.. tinggal aku sensorang so aku pun taip er entry nih sambil tunggu kol 11 or lebih untuk tutup cc dan balik umah, tapi nak kena gak pi kedai pi beli sardin, kat umah takde lauk ish ish... teruk bebenor..
perut lapar arrr dari pagi tak makan nasi, petang tadi jer masa blackout kol 2 sampai kol 4 petang pi minum, makan pisang goreng kat warong depan cc tuh.. k maleh nak celoteh panjang.. karang yg baca buring lak layan aku membebel ntah pe pe jeks,
k arr geng semua.. chow, a'kums...

Ni plak rupa kulit cd Majalah Syu'Latul Kifah.. ntah sape la yg buat ni.. :-D
Posted at 11:48 pm by Lelangau Cyber
|
|
|